















PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN OKTOBER JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SARAWAK
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak menyempurnakan Perhimpunan Bulanan Bagi Bulan Oktober 2025, JBPM Negeri Sarawak bertempat di Bilik Seminar pagi ini.
Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah & syabas, kepada setiap pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak atas komitmen dalam mendukung keselamatan dan kesejahteraan melalui perkhidmatan profesional yang disalurkan kepada masyarakat. Ini adalah selaras dengan tonggak kedua Malaysia Madani iaitu Kesejahteraan yang membawa makna keseimbangan atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan.
Turut diadakan dalam perhimpunan tersebut ialah penyampaian sijil penghargaan dalam Sebagai Pasukan Pertama Menghadiri Kebakaran kepada 3 Pasukan Bomba Sukarela iaitu, PBS Bako Indah, PBS Simpok dan PBS Kabong.
Dalam perhimpunan tersebut, beliau turut menyerahkan peralatan dan kelengkapan kepada Unit Rapid Intervention Motorcycle kepada Ketua Balai BBP Padungan, BBP Sibu Central dan BBP Miri Central selain kepada Advisor Unit RIM Bomba Sarawak.
Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan Encik Muhammad Imran Jambai bin Dingun Abdullah, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Selaku Hos Perhimpunan Bulanan Bulan Oktober.
UPA
