Penutupan Kursus Pengukuhan Auditor MS ISO 9001:2015, Sistem Penarafan Bintang (SSR), dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023

Kuching, 6 April 2023

PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menyempurnakan Penutupan Kursus Pengukuhan Auditor MS ISO 9001:2015, Sistem Penarafan Bintang (SSR), dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Tahun 2023 sebentar tadi.

Seramai 29 orang pegawai lain-lain pangkat terlibat selama 2 hari kursus tersebut berlansung di Balai Bomba dan Penyelamat Padungan.

Hadir sama ialah PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak.

en_USEnglish