Operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Pengkalan Kuap, Samarahan

Samarahan, 19 Februari 2021,

 PKPgB Ebby Hirwandy Sarbini, Ketua BBP Samarahan mengetuai operasi pemindahan mangsa banjir di Kampung Pengkalan Kuap, Samarahan ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Masyarakat Kampung Pangkalan Kuap.Operasi melibatkan seramai 9 orang anggota berjaya membantu memindahkan seramai 152 orang mangsa.Untuk sebarang laporan kecemasan di kawasan Samarahan, sila hubungi Balai Bomba dan Penyelamat Samarahan di talian 082-673882 atau 999.

en_USEnglish