Kuching,
15 Ogos 2024
PPjB Tiong Ling Hii, Pemangku Pengarah JBPM Negeri Sarawak hadir ke Majlis Penutupan Konvensyen Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Agensi Persekutuan Sarawak yang telah diadakan di The Waterfront Hotel, Kuching.
Kumpulan Air (BBP Kanowit) telah merangkul Tempat Ketiga daripada 16 agensi persekutuan yang bertanding termasuk Kumpulan Ladder Thirteen (BBP Padungan), Kumpulan Alfa Star (BBP Batu Lintang), Kumpulan Tatau (BBP Tatau) dan Kumpulan Ombak (BBP Marudi).
Hadir sama ialah PgKB II Azizah binti Salim, Penolong Pengarah, Bahagian Latihan JBPM Negeri Sarawak.
Syabas dan Tahniah diucapkan




