FLAG HANDING-OVER CEREMONY FOR THE SARAWAK CONTINENT OF THE MALAYSIA FIRE SPORTS 2025

Kuching, 14 Julai 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Bomba Sarawak menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sarawak Sukan Bomba Malaysia Tahun 2025 petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat Murai. Dalam ucapannya, beliau berharap agar kontinjen Sarawak akan berjaya meraih kejayaan di Pahang kelak. Bomba Sarawak menghantar 79 orang pegawai dan anggota dalam kejohanan kali ini.

Detik paling dinanti turut berlangsung apabila bendera kontinjen Bomba Sarawak secara rasmi diserahkan kepada PgKB I Yahya bin Hassan, Chef De Mission Kontinjen Bomba Sarawak ke Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2025 di Pahang. Penyerahan ini menandakan permulaan kepada misi penuh semangat kesukanan dan perpaduan dalam kalangan anggota bomba seluruh negara.

Hadir sama ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah Bomba Sarawak merangkap Timbalan Presiden Persatuan Sukan dan Kebajikan Bomba Sarawak.

‘Agik Idup Agik Ngelaban’

UPA

en_USEnglish