MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM KITA SELAMAT TAHUN 2025

15 Oktober 2025 – Long Lama, Miri

Program Kita Selamat yang diadakan selama 2 hari dari 14 – 15 Oktober 2025 bertempat di Long Lama anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Sarawak bersama rakan kolabrasi Petronas telah berjaya diadakan dengan penglibatan peserta seramai 48 orang terdiri dari kampung Logan Sibong, Long Urun, Kpg Kayan Long Lama, Long Puak, Uma Akeh, Long Ikang, Kpg Cina Long Lama dan penglibatan dari Pasukan Bomba Sukarela Long Lama.

Semua para peserta telah didedahkan dengan aktiviti berkenaan keselamatan kebakaran yang merangkumi Taklimat Asas Pertolongan Cemas, Keselamatan Tanggungjawab Bersama, Tatacara Membuat Panggilan Kecemasan, Keselamatan Di Air, Pengungsian Bangunan, Demostrasi Alat Pemadam Api dan Simulasi Kebakaran Rumah disampaikan oleh pihak Bomba. Manakala, pihak Petronas turut terlibat dalam menyampaikan Taklimat Keselamatan Kebakaran Di Rumah.

Majlis penutupan Program Kita Selamat Tahun 2025 kali ke-11 telah dirasmikan oleh YB Dato Dennis Ngau, ADUN N.77 Telang Usan, yang turut dihadiri oleh YS PKPjB Jamri Bin Masran, Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Encik Shalby Reduan, Pengurus Besar Kanan, Petronas Carigali Sdn. Bhd. – Sarawak Asset.

Sarawak Fire Department

en_USEnglish