MAJLIS PELUNCURAN PROJEK SARAWAK SABAH LINK ROAD FASA 2 (SSLR)

11 September 2025, Nanga Medamit, Limbang.

YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim menyempurnakan Projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR) di Nanga Medamit, Limbang, Sarawak yang turut dihadiri YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak hadir sebagai tetamu jemputan bersama dif-dif kenamaan yang lain.

en_USEnglish