
la6 
la9 
la8 
la7 
la5 
la4 
la3 
la22 
la21 
la20 
la2 
la19 
la18 
la17 
la16 
la15 
la14 
la13 
la12 
la11 
la10 
la1
Kuching, 6 September 2023
Seramai 40 orang pegawai Unit Integriti, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Malaysia telah mengadakan Lawatan ke Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak hari ini.
Terdahulu, YS PKPjB Datu Khirudin Drahman@Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak telah menyampaikan Executive Talk kepada rombongan yang diketuai oleh YBhg KPKPj Zulkifli Abdul Manaf, Pengarah Unit Integriti AADK. Rombongan ini turut dibawa melawat pameran Bahagian Keselamatan Kebakaran dan Forensik Kebakaran di ruangan lobi.
Rombongan kemudiannya telah dipertontonkan dengan demonstrasi daripada Unit Pengesan K9 dan Pasukan Rapid Intervention Motorcycle (RIM) Bomba Padungan.
Hadir sama ialah YBhg Tuan Iskandar Turkee, Pengarah AADK Negeri Sarawak, PgKB I Henderi Ardimansyah, Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Sarawak, PgKB I Ahmad Nizam Sapaiee, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Azizah Salim, Penolong Pengarah Latihan JBPM Negeri Sarawak.
