





Bintulu, 20 Jun 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Bomba Sarawak mengadakan Lawatan Rasmi ke Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu hari ini..
Terdahulu, beliau telah menyaksikan persembahan daripada Unit Khas dan anggota BBP Bintulu. Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan amanat kepada anggota balai dan turut menandatangani Buku Pelawat Balai selain menyempurnakan Perasmian Bangunan Mess Pegawai BBP Bintulu.
Hadir sama ialah PgKB II Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon Bintulu dan TPgB I Christus Buson, Ketua BBP Bintulu.
UPA