A COURTESY VISIT BY THE GENERAL MANAGER OF AFRS MAHB TO THE DIRECTOR OF SARAWAK STATE FIRE DEPARTMENT

Kuching, 27 Januari 2025

YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak menerima Kunjungan Hormat daripada YBrs. Tuan Haji Muhammad Hidayat Ismail bersama rombongan.

Kunjungan hormat tersebut membincangkan hubungan strategik dalam operasi pemadaman kebakaran pesawat, pengukuhan dalam latihan bersama, bidang kuasa serta program kolaborasi yang boleh dilakukan bersama.

Turut hadir bersama dalam sesi tersebut ialah PgKB I Alimaddia bin Bukri, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat dan PgKB I Henderi bin Ardimansyah, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Negeri Sarawak.

Sarawak Fire Department

en_USEnglish