Kuching, 16 Ogos 2022 Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hari pertama telah diadakan di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sarawak

Audit Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) hari pertama telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak hari ini. Terdahulu, kesemua juruaudit telah diberikan taklimat oleh YS PKPjB Datu Khirudin bin Drahman @Hussaini, Pengarah JBPM Negeri Sarawak bertempat di Bilik Mesyuarat Kenyalang sebelum dibawa untuk menjalankan audit di setiap sektor yang dipecahkan. Juruaudit daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya tersebut telah diketuai oleh Puan Fathiah Jamili Pahmi binti Mohamed Ishak. Hadir sama pagi tadi ialah PPjB Tiong Ling Hii, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sarawak dan PgKB II Rafie bin sapar, Urusetia EKSA JBPM Negeri Sarawak

en_USEnglish