


Bintulu, 22 September 2025
YS PKPjB Jamri bin Masran, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, telah mengadakan kunjungan hormat ke Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) pada hari ini.
Dalam pertemuan tersebut, beliau telah bertemu dengan Encik Ruslan Abdul Ghani, President / Group Chief Executive Officer BPHB, bagi membincangkan pelbagai aspek kerjasama strategik antara JBPM Negeri Sarawak dan pihak Bintulu Port.
Kunjungan ini bukan sekadar mengukuhkan hubungan kerja, malah menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman ke arah meningkatkan budaya keselamatan serta kesiapsiagaan di kawasan Bintulu.
Turut hadir dalam pertemuan ini ialah PgKB ll Wan Kamarudin bin Wan Ahmad, Ketua Zon 5 JBPM Negeri Sarawak serta pegawai-pegawai kanan Zon 5 JBPM Negeri Sarawak serta pengurusan tertinggi BPHB.
