BBP Sarikei Mengadakan Taklimat atau Ceramah Kesedaran Keselamatan kebakaran iaitu di lokasi Rh Sumpun Sg Selidap, Sarikei

BBP SARIKEI 13.02.2022 @ Ahad. 1400pm.

ActivitiesKESEDARAN AWAM/ KEBAKARAN 2022

Laporan Ringkas AktivitiAhad 13.02.2022

BBP Sarikei telah mengadakan Taklimat atau Ceramah Kesedaran Keselamatan kebakaran iaitu di lokasi Rh  Sumpun Sg Selidap, Sarikei (48 pintu) Turut terlibat Tuai Rumah Sumpun bersama seramai 65 penghuni/peserta hadir bagi mendengar perkongsian ilmu pencegahan kebakaran yang dilaksanakan  secara Teori dan Praktikal (Demonstrasi) yang diketuai oleh PBK II KUP Unjah Janggau bersama PBK II KUP Muhamad Sufian, PBK II KUP Hilary pitre ambit, PB Aziz Hazizan dan PBB Mohd Syawal dari BBP Sarikei. Dalam aktiviti berkenaan, Peserta telah didedahkan dengan Perkongsian tatacara penggunaan Alat Pemadam Api dan seterusnya tatacara Mengendali Kebakaran Dapur yg dilaksana secara kaedah Praktikal. Akhir sesi majlis ringkas Penyerahan tanda  penghargaan kpd Tr Sumpun atas kerjasama dalam aktiviti mencegah kebakaran bersama BBP Sarikei. Aktiviti telah berjalan dengan jayanya.

en_USEnglish