Lawatan Kerja Rasmi Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah

28.6.2024: YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), JPA telah mengadakan Lawatan Kerja ke Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dan Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Sabah pada hari ini.

Kehadiran beliau telah di sambut oleh YBrs. Tuan Muhammad Razman bin Abu Samah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), YAS Tuan Othman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sabah dan PgKB II Sukur bin Hatta, Ketua Zon Tawau, JBPM Negeri Sabah selaku tuan rumah.

Lawatan kerja YBhg. Datuk merupakan lawatan pertama beliau ke JBPM Negeri Sabah bertujuan melihat sendiri serta menilai keperluan cadangan penstrukturan perjawatan JBPM di peringkat negeri Fasa 2 seterusnya merasmikan Program Outreach Bomba Komuniti Perkambungan air Pulau Mabul Sabah.

YBhg. Datuk Dr Anesee turut diberi taklimat organisasi dan pengoperasian kebombaan di peringkat yang telah disampaikan oleh PPjB Ts. Farhan Sufyan bin Borhan, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sabah dan juga PPgB Madzlan bin Sarman, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Sabah.

449181565 895380595956253 1020562221484303811 n
Pemeriksaan Baris oleh YBhg. Datuk Dr. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim
449189213 895380655956247 8527706456858040417 n 1
Pemeriksaan Baris oleh YBhg. Datuk Dr. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim
449193564 895380692622910 2877168693057858629 n 1
Sesi Taklimat Organisasi dan Pengoperasian JBPM Negeri Sabah di BBP Tawau
449034838 895380485956264 1215471726050181029 n 1
Sesi bergambar bersama Pegawai dan Anggota BBP Tawau

449131779 895380755956237 2869783474387423265 n
Sesi menandatangani Buku Pelawat dan bergambar bersama YBhg. Datuk Dr. TKPPA
449190527 895380812622898 1186704655011347652 n 1
Sesi Taklimat Organisasi dan Pengoperasian BBP Semporna oleh Ketua Balai BBP Semporna, PPgB Madzlan bin Sarman.
en_USEnglish