Kunjungan hormat Bomba Sabah kepada Tun Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman

489541445 1097804125713898 5082997275324667208 n

Pada 20 Februari 2025 (Khamis), pada Jam 10.00 pagi telah diadakan kunjungan hormat kepada Tun Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Musa Aman oleh YS Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin bertempat di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

Kunjungan ini merupakan lawatan yang pertama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah ke atas Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah sejak Tun mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11.

Turut serta dalam sesi kunjungan hormat tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian Operasi,PgKB I Muhammad Taqiuddin Victor bin Doon, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgKB I Ibnu Sahad bin Hj. Punggak, Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan PgKB I Johari bin Dzulkifli dan Pegawai Perhubungan Awam, PKPgB Tc. Mohd Affendy bin K.Ramin.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta sidang media ringkas.

Sekian, Terima Kasih.

488957028 1097804132380564 8179838821886696635 n
488869013 1097804122380565 8016604297452693849 n
en_USEnglish