Kunjung Hormat kepada YB Datuk Seri Panglima TPjB(Kehormat) Sr. Hj. Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

skn3

29 Ogos 2025. YS PKPjB Mohd Pisar Aziz, Pengarah Bomba Sabah mengadakan Kunjung Hormat kepada YB Datuk Seri Panglima TPjB(Kehormat) Sr. Hj. Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah di Menara Kinabalu petang ini.

Kunjungan ini merupakan kunjungan pertama YS PKPjB Mohd Pisar Aziz sejak dilantik sebagai Pengarah Bomba Sabah April yang lalu. InshAllah kunjungan ini terus mengeratkan kerjasama antara agensi persekutuan dan negeri.

JBPM sentiasa menyokong penuh dan memberi kerjasama padu kepada pimpinan negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah amnya.

#TaatSetia

#bombamalaysia

#SabahMajuJaya

#RancakkanMADANI

skn4
skn2
en_USEnglish