Ceramah Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Negeri Sabah di JBPM Sabah

14 September 2022 – Ceramah Pencegahan Rasuah telah diadakan serentak secara hybrid di Ibu Pejabat JBPM Negeri, Pejabat JBPM Zon dan Balai-Balai Bomba di Negeri Sabah. Seramai 521 pegawai dan anggota telah menyertai ceramah ini yang turut dihadiri secara atas talian (Google Meet) pegawai / anggota di peringkat Pejabat Zon dan Balai Bomba. Ceramah ini telah sampaikan oleh Puan Aini binti Awang Muda, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM.

Ceramah ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan menyemarak Semangat Benci Rasuah s khususnya di kalangan pegawai dan anggota di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh berintegriti dan menyokong pengurusan tertinggi JBPM ke arah “Zero Tolerance Towards Corruptions”.

#BombaBerintegriti

WhatsApp Image 2022 09 24 at 13.47.28
Puan Aini binti Awang Muda, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM
WhatsApp Image 2022 09 24 at 13.18.20 1
BBP Beluran turut mengikuti sesi ceramah secara atas talian
WhatsApp Image 2022 09 14 at 14.39.06
Antara pegawai, anggota dan Pegawai gunasama yang hadir pada sesi ceramah tersebut.
WhatsApp Image 2022 09 14 at 14.30.13
PPjB Farhan Sufyan, Timbalan Pengarah memberi ucapan aluan dan seterusnya merasmikan sesi ceramah.
zonbfort
Pejabat JBPM Zon Beaufort yang diketuai oleh Ketua Zon Beaufort, PgB Andre Andrew

en_USEnglish