Audit Kualiti Dalaman MS ISO 37001:2016 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah

29 September 2022 – Audit Kualiti Dalaman MS ISO 37001:2016 telah diadakan di Ibu Pejabat JBPM Sabah bermula 26 – 29 September 2022 yang lalu. Pasukan Audit yang diketuai oleh PgKB I Ramzi bin Abd. Malik bersama Juru Audit dari pelbagai JBPM Negeri lain antaranya PgKB II Wan Mohd Nurulhisam bin Wang Nawang, PgB Mohd Firdaus bin Ahmad Roshidi, PKPgB Shahril Rashidi bin Said dan PKPgB Mohd Ishak Amran.

JBPM Sabah antara 6 negeri terpilih untuk Audit Persijilan MS ISO 37001 : 2016 ( Anti Bribery Management System) yang akan diadakan pada akhir bulan Oktober tahun ini.

audit hq1
YS Pengarah, Abdul Razak Muda menerima laporan Pengauditan Dalama MS ISO 37001 : 2016
audit hq3
Sesi Exit Conference yang dipengerusikan YS Pengarah.
audit hq2
En. Mohd Heilmy bersama Auditor bagi sesi pengauditan Bahagian Kejuruteraan
audit hq4
Tn Farhan Sufyan sedang menjawab pertanyaan pengauditan daripada Ketua Auditor, Ramzi bin Abd. Malik.

en_USEnglish