9 Mac 2023 (Khamis) – JBPM Putrajaya telah menerima lawatan daripada anak-anak staff Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) seramai 35 orang dengan diiringi 5 org pegawai Kelab KPT sempena cuti persekokahan bertempat di BBP Putrajaya Presint 14. Program yang berkonsepkan “Santai Tapi Sampai” ini menerapkan aktiviti-aktiviri tentang kesedaran keselamatan kebakaran dan dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir dengan dibantu oleh Pasukan A bertugas BBP Presint 14.

Anggota bomba sedang mengajar anak-anak mengenai tindakan menyelamatkan diri. 
Anggota bomba sedang menerangkan tentang langkah-langkah penyelamatan sekiranya berlaku kebakaran. 
Kanak-kanak belajar cara mengangkat mangsa menggunakan ‘stretcher’. 
Antara aktiviti yang diadakan ialah bermain pistol air. 
Kanak-kanak seronok dapat bermain pistol air. 
Anak-anak staff Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). 
Bergambar kenangan berlatar belakangkan jentera bomba.
