Putrajaya – 18 Ogos 2022 : Ziarah Mantan Ketua Pengarah JBPM Oleh YAS Dato Sri KP Bersama-Sama YAS Dato TKP, YS Pengarah-pengarah Bahagian dan YS Pengarah JBPM Putrajaya

Rabu, 18 Ogos 2022 – YAS Dato Sri Ketua Pengarah, Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bersama-sama YAS Timbalan Ketua Pengarah, YS Pengarah-pengarah Bahagian dan YS Pengarah JBPM Putrajaya telah meluangkan masa menziarahi YBhg Dato Hamzah Bin Abu Bakar Mantan Ketua Pengarah JBPM (KUP) yang kini menerima rawatan di Hospital Putrajaya susulan menghidapi demam dan jangkitan kuman dalam darah . Semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

en_USEnglish