Putrajaya – 4 Oktober 2022 : Hebahan Publisiti Media JBPM

HEBAHAN PUBLISITI MEDIA JBPM, SELASA 4 OKTOBER 2022.

Dimaklumkan YS TPjB Dato’ Ts Nor Hisham bin Mohammad, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang ditemubual secara eksklusif oleh Wartawan Berita Harian, Puan Suzalina binti Halid bersama-sama jurufoto Puan Rohanis Shukri bagi penerbitan Laporan Eksklusif berkaitan Cabaran & Kesiapsiagaan JBPM Menghadapi Monsun Timur Laut.

Laporan khas ini akan disiarkan dalam Akhbar Berita Harian dalam masa terdekat selain medium media sosial Berita Harian.

en_USEnglish