Putrajaya – 26 Ogos 2021 : Program Derma Darah Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2021

PROGRAM DERMA DARAH SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2021

JBPM Putrajaya dengan kerjasama Pusat Darah Negara dengan jayanya telah menganjurkan Program Derma Darah Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2021 bagi menampung kekurangan bekalan darah di hospital kerajaan dan swasta. 

Program Derma Darah ini diadakan pada 26hb Ogos 2021 (Khamis), bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 3.00 petang dan bertempat di Lobi Utama JBPM Putrajaya. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada yang hadir untuk bersama-sama menderma darah dan telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

en_USEnglish