21 Sept 2022 (Rabu) – Ceramah Kesedaran & Keselamatan Kebakaran di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2), Presint 9. Seramai 1900 orang murid-murid dan guru-guru termasuk Guru Besar dan PK HEM hadir mendengar ceramah yang disampaikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir.

PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir menyampaikan ceramah mengenai tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran. 
Pelajar Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) sedang khusyuk mendengarkan ceramah yang disampaikan. 
PKPgB Lizawati menunjukkan demonstrasi penyelamatan diri ketika berlaku kebakaran kepada murid-murid.

