Putrajaya – 16 November 2022 : Upacara Ringkas Persaraan TPgB II Che Shari Bin Abdullah

Putrajaya 16 November 2022 (Rabu)

Assalamualaikum Selamat Sejahtera, Salam JBPM Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya, menyaksikan upacara ringkas persaraan Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Putrajaya, TPgB II Che Shari Bin Abdullah bertarikh 16 November 2022 bertempat di Lobi Ibu Pejabat JBPM Putrajaya . Hari ini merupakan hari terakhir TPgB II Che Shari Bin Abdullah di JBPM selepas berkhidmat selama 36 tahun di JBPM. Simbolik kepada upacara ini TPgB II Che Shari Bin Abdullah mengetik kad perakam waktu terakhir sebagai tanda berakhirnya perkhidmatan beliau bersama JBPM.Kami mewakili warga JBPM Putrajaya khasnya, dan JBPM amnya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang cemerlang kepada jabatan ini. Turut Hadir adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong-penolong Bahagian, pegawai kanan JBPM Putrajaya dan anggota-anggota Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

en_USEnglish