5 Ogos 2025 (Selasa)
YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Pulau Pinang menerima kunjungan YB Lim Siew Khim, Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang, merangkap ADUN Sungai Pinang. Kehadiran beliau disambut mesra bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.
Sesi perbincangan tertumpu kepada isu keselamatan di taska, tadika dan pusat penjagaan – premis-premis yang melibatkan golongan paling rentan dalam masyarakat. Pelbagai pandangan dan cadangan telah dikongsikan bagi memperkukuhkan aspek keselamatan kebakaran di lokasi-lokasi tersebut.
Dalam pertemuan itu juga, pihak bomba berkesempatan membentangkan inisiatif terkini mereka iaitu projek Community Learning Centre (CLC) yang sedang dalam peringkat pembangunan. Projek ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta kefahaman masyarakat terhadap keselamatan kebakaran melalui pendekatan pendidikan komuniti yang lebih inklusif dan berkesan.
Pertemuan ini menjadi simbol usaha berterusan dan kolaboratif antara kerajaan negeri dan agensi keselamatan dalam memastikan kesejahteraan serta keselamatan komuniti sentiasa terpelihara.


