Dengan penuh semangat patriotik, JBPM Negeri Pulau Pinang turut menyertai Sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang diraikan meriah di peringkat negeri.
Pasukan bomba tampil bergaya dengan kontinjen beruniform kemas, diiringi jentera dan aset penyelamatan yang menjadi perhatian orang ramai. Kehadiran warga bomba melambangkan semangat keberanian, disiplin dan kesiapsiagaan dalam menjaga keselamatan rakyat.
Selaras dengan tema tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”, JBPM Negeri Pulau Pinang berpegang teguh kepada peranan sebagai pelindung dan penyelamat masyarakat — sentiasa dekat dengan rakyat, menyantuni setiap lapisan demi kesejahteraan bersama.
kebersamaan rakyat Pulau Pinang terpelihara.






