537666480 1194495842713537 460773295343886141 n

Majlis Ramah Mesra YS Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang Bersama Warga BBP Butterworth

*21 Ogos 2025 (Khamis)*
YS PKPjB Mohamad Shoki bin Hamzah, Pengarah JBPM Negeri Pulau Pinang meluangkan masa berkunjung ke BBP Butterworth dalam program Majlis Ramah Mesra Bersama Warga BBP Butterworth.
Majlis ini bukan sahaja menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim antara kepimpinan tertinggi JBPM negeri dengan pegawai serta anggota di lapangan, malah turut menjadi wadah penting bagi menyampaikan amanat, aspirasi dan hala tuju organisasi. Kehadiran YS Pengarah disambut penuh mesra, menggambarkan hubungan erat serta semangat kekitaan yang tinggi antara warga bomba di semua peringkat.
Dalam majlis ini juga, pelbagai isu operasi, kebajikan anggota serta cabaran semasa telah diketengahkan. Ia membuka ruang kepada warga BBP Butterworth untuk berkongsi pandangan, cadangan serta pengalaman dalam usaha memperkukuh lagi kesiapsiagaan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.
Majlis ramah mesra ini sekaligus memberi suntikan motivasi baharu kepada seluruh warga bomba untuk terus berbakti dengan penuh dedikasi, berdisiplin tinggi serta sentiasa berpegang teguh kepada visi dan misi JBPM.
🌟 JBPM Negeri Pulau Pinang akan terus komited dalam memastikan setiap anggota diperkasa bukan sahaja dari sudut profesionalisme, malah dalam aspek kebajikan, kebersamaan dan semangat kekeluargaan – menjadikan organisasi ini teguh, bersatu dan sentiasa siap siaga demi keselamatan rakyat. 🇲🇾🔥
537666480 1194495842713537 460773295343886141 n
535565205 1194495902713531 2288769103313261000 n
536497508 1194495979380190 3914719589292175888 n
537187915 1194495939380194 7373359380254189886 n
wpChatIcon
en_USEnglish