TAKLIMAT KENALI UBAT ANDA (KUA) DAN KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN JKN NEGERI PERLIS SERTA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM) NEGERI PERLIS TAHUN 2025

Bertempat di Bilik Mesyuarat Nakawan dan Dewan Indera Kayangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis telah diadakan Taklimat Kenali Ubat dan juga Kempen Derma Darah anjuran bersama Bahagian Farmasi JKN Perlis dan Tabung Darah Perlis Hospital Tuanku Fauziah.

Majlis telah dirasmikan oleh YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis. Slot Khas ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan mengenai penggunaan ubat yang berkualiti serta membantu dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit dengan menderma setitis darah, sejuta harapan.

Jutaan terima kasih dan syabas di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran taklimat dan kempen kali ini.

#SediaMenyelamat

#bombamalaysiaofficial

#bombaperlis

#unitperhubunganawamjbpmperlis

Jangan lupa “LIKE” dan “FOLLOW” Media Rasmi JBPM Negeri Perlis untuk maklumat dan info terkini kami.

Sokongan anda amatlah kami hargai.

Sekian Terima Kasih.

en_USEnglish