Pelaksanaan Program Bomba Life Support (BLS) JBPM Negeri Perlis 2025 yang telah di adakan di Dewan Indera Kayangan Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis. Sesi penerangan serta demo telah diberikan kepada semua warga Ibu Pejabat JBPM Negeri Perlis sebagai pendedahan serta asas medik kepada semua pegawai dan warga kerja bagi tujuan penyelamatan oleh pegawai EMRS yang bertauliah. Turut hadir bersama YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis yang meluangkan masa untuk mengikuti program yang telah di adakan.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada semua yang hadir serta syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan program ini.
#unitperhubunganawamjbpmperlis
Sekian Terima Kasih.



