YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis telah hadir ke Majlis Penutup Kursus Pemanduan Bot bagi tahun 2025 di Tasik Timah Tasoh, Padang Besar.
Kursus anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) IPK Perlis ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran pemanduan bot dalam kalangan anggota PDRM. Kursus ini telah dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih bertauliah dan berpengalaman dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH SAC Mohd Ismail bin Ibrahim dan YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah JBPM Negeri Perlis yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.
#unitperhubunganawamjbpmperlis
Sekian Terima Kasih.



