Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Perlis berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni oleh seluruh rakyat di negeri ini. Istiadat Perbarisan dan Perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Negeri Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
Bertemakan “Malaysia Madani: Perlis Bestari, Rakyat Disantuni”, orang ramai mula memenuhi setiap sudut di laluan hadapan Kangar Jaya bagi menyaksikan semangat patriotik yang diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis telah menyertai Perbarisan Kawad Kaki Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 peringkat Negeri Perlis yang berlangsung dengan penuh semangat patriotisme.
Turut hadir YS PgKB I Wan Mohd Hamizi bin Wan Mohd Zin, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis dan pegawai kanan JBPM Negeri Perlis.
Pihak pengurusan JBPM Negeri Perlis merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai serta anggota yang telah memberikan kerjasama penuh, sekaligus mengharumkan nama Jabatan melalui kejayaan ini.
#unitperhubunganawamjbpmperlis
Sekian Terima Kasih.



