BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT (BBP) PADANG BESAR BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN PUSAT JAGAAN RUMAH SEJAHTERA KAKI BUKIT, PADANG BESAR PERLIS

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Negeri Perlis menerima panggilan jam 08:32:37 berkenaan Kebakaran Rumah Sejahtera, Kaki Bukit, Padang Besar Perlis. Jentera BBP Padang Besar bersama kekuatan anggota seramai 6 orang hadir bersama komander operasi di tempat kejadian pada jam 08:32:43. Kebakaran melibatkan sebuah rumah jagaan orang tua dengan keluasan dianggarkan berukuran 50 x 30 kaki persegi dan mengakibatkan kemusnahan 50%. Operasi Kebakaran terkawal pada jam 09:31:15 dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 09:34:48. Hasil siasatan awal Bahagian Penyiasatan Kebakaran JBPM Negeri Perlis mendapati punca kebakaran adalah disebabkan Sengaja bakar melalui beberapa penemuan barang bukti dan juga saksi yang berada di Pusat Jagaan. Pihak Forensik Kebakaran JBPM Negeri Perlis telah mengambil beberapa sampel untuk di hantar ke makmal untuk siasatan lanjut..

Sekian Terima Kasih.

en_USEnglish