MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN DAN PEMILIHAN KADET BOMBA MALAYSIA NEGERI PERAK 2025

Ipoh, 26 Ogos 2025 – Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan dan Pemilihan Kadet Bomba Malaysia Negeri Perak Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh PPjB Yusri bin Mohd Yusoff @ Hashim, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Perak yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, bersama-sama dengan Encik Khairul Affandy bin Osman, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Zon serta pegawai kanan JBPM Negeri Perak.

Pertandingan ini telah menghimpunkan seramai 140 peserta daripada 9 daerah di seluruh Negeri Perak, memperlihatkan semangat kesukarelawanan, disiplin serta daya saing tinggi dalam kalangan generasi muda.

Bagi edisi tahun ini, Daerah Hulu Perak muncul sebagai Johan Keseluruhan pertandingan.

en_USEnglish