Perak JBPM Excellent Service Awards Ceremony 2024

Ipoh, 24 April 2025 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak telah berlangsung dengan penuh istiadat di Dewan Premier Dato’ Sri Ts. Mohammad Hamdan, Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato’ Ts. Nor Hisham bin Mohammad. Turut disampaikan dalam majlis ini ialah Sijil 30 Tahun Perkhidmatan, Sijil Perkhidmatan Terpuji, serta Pingat Kebesaran Jabatan sebagai penghargaan atas sumbangan cemerlang warga JBPM.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima atas dedikasi dan komitmen yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.

en_USEnglish