Satu kursus intensif mengenai reka bentuk grafik dan penyuntingan video menggunakan aplikasi CapCut, Canva dan KineMaster telah berjaya dilaksanakan pada 1 hingga 3 Julai 2025 bertempat di Dewan Premier Dato’ Sri Ts. Mohamad Hamdan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak. Kursus ini memberi penekanan kepada teknik penghasilan video kandungan, video montaj serta poster digital bagi memperkasakan lagi penyampaian maklumat melalui platform media sosial rasmi JBPM Negeri Perak.










