INSIDEN TANAH RUNTUH DI JALAN SIMPANG PULAI – CAMERON HIGHLANDS

02 Disember 2021 – Kepada pengguna laluan Simpang Pulai – Cameron Highlands, adalah dinasihatkan agar berhati-hati semasa melalui jalanraya kerana terdapat insiden tanah runtuh di laluan tersebut.

Kemaskini:

2 DISEMBER 2021/ KHAMIS: Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di KM39, Jalan Simpang Pulai – Cameron Highlands. Panggilan kecemasan telah diterima pada jam 1:44 tengah hari dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Di dalam kejadian tersebut, 2 buah kenderaan dilaporkan telah tertimbus. Pengarah JBPM Negeri Perak, YS PKPjB Azmi bin Osman, telah turun bagi melihat tempat kejadian dan memantau operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan oleh pihak JBPM Perak. Mangsa melibatkan seorang pemandu lori dan seorang pemandu kereta MPV, didapati telah meninggal di tempat kejadian. Operasi dan menyelamat telah berjaya mengeluarkan mangsa pertama pada jam 9:54 malam dan mangsa kedua pada jam 10:46 malam. Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan pada pihak PDRM untuk tindakan lanjut.

tanah03
tanah02
tanah04
tanah05
tanah06
tanah07
tanah08
tanah09
tanah10
tanah11
tanah12
tanah13

Link Video Facebook:

https://www.facebook.com/100002678210226/videos/1034070100506226/

en_USEnglish