04 September 2025 -Bertempat di Jeti Marina Island, Lumut, Perak telah diadakan latih amal Disaster Management Exercise (DMEX) Pangkor Tahun 2025.
Latih amal DMEX ini amat bertepatan dan signifikan sebagai satu platform latihan bersama merentas agensi, bagi menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi serta keberkesanan tindakan respons semasa menghadapi bencana sebenar.
18 jabatan dan agensi terlibat dalam latih amal antaranya PDT Manjung, PDRM, Polis Marin Kampung Acheh, APMM, APM, TLDM, KKM Hospital Manjung, Pejabat Kesihatan Negeri Perak, JKM, MPM, Jabatan Laut, Lumut Port, Jeti Marina Island, Pan Silver Ferry dan UniKL MIMET memberikan impak yang sangat signifikan kepada keberkesanan pengurusan bencana yang sebenar.
Latihan Pengurusan Bencana Kali Ini melibatkan Kemalangan Feri.







