Sempena 10 Muharram 1447H, satu program pengagihan bubur Asyura telah diadakan pada 15 Julai 2025 (Selasa) bertempat di Dewan SUKBOM, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Bubur Asyura ini merupakan sumbangan daripada PERSKEB Negeri Sembilan dan PERISMA Negeri Sembilan sebagai salah satu inisiatif memperkukuhkan semangat kebersamaan dan kebajikan dalam kalangan warga bomba.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Yang Setia PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Semoga program seumpama ini terus menyemai nilai perpaduan, kebersamaan dan keberkatan dalam kalangan kita semua.








