Pertandingan Ping Pong Antara Balai, Piala YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan Tahun 2025

Pada 29 September 2025, telah berlangsung Pertandingan Ping Pong Antara Balai, Piala YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan Tahun 2025 bertempat di Dewan Dato’ Hj Hamzah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.

Pertandingan ini diadakan bagi:

✅ Memilih balai yang akan mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Ping Pong Piala Ketua Pengarah JBPM di Labuan pada 24 – 27 Oktober 2025

✅ Mencungkil bakat-bakat baharu dalam JBPM Negeri Sembilan

✅ Meningkatkan kecergasan dan kesihatan anggota

✅ Memupuk semangat berpasukan dan mengeratkan silaturrahim sesama pegawai dan anggota JBPM Negeri Sembilan

Keputusan Kejohanan Ping Pong Piala YS Pengarah JBPM N. Sembilan:

🏆 Johan : BBP Gemas

🥈 Naib Johan : BBP Seremban

🥉 Ketiga : BBP Seremban 2

🏅 Keempat : BBP Senawang

🏅 Kelima : BBP Mantin

🏅 Keenam : Ibu Pejabat

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh

PgKB I Mohd Hafiz Hafizal Bin Timaraddin,

Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sembilan.

Turut hadir:

PgB Mohd Hafiz Bin Mohd Shariff,

PP Bahagian Latihan merangkap Setiausaha PERSKEB Negeri Sembilan

Ketua-Ketua Balai

Pegawai-Pegawai Ibu Pejabat JBPM

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada urusetia, jawatankuasa terlibat, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua balai serta semua peserta yang telah memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan dan melancarkan kejohanan ini.

TAHNIAH diucapkan kepada semua pemenang!

Jawatankuasa Kejohanan Ping Pong Antara Balai,

Piala YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan

en_USEnglish