PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN (PKK) 2025

PERINGKAT JBPM NEGERI SEMBILAN

📅 11 hingga 12 Jun 2025

📍 Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan & kawasan sekitar City Park, Seremban 2

Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) 2025 peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah berjaya dianjurkan pada 11 hingga 12 Jun 2025 dengan penuh semangat dan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YSPPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, yang turut menyatakan penghargaan beliau terhadap kecekapan, semangat juang dan dedikasi para peserta dalam pertandingan ini.

Seramai 26 orang peserta, disertai oleh 2 orang pegawai zon serta 2 orang pegawai teknikal bagi setiap zon, telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara kompetitif yang menguji ketangkasan, ketahanan fizikal dan kebolehan taktikal anggota bomba.

Antara acara yang telah dipertandingkan adalah:

Ultimate Bomba Challenge

Toughest Bomba Alive

100 Meter Fire Obstacle Course

Extreme Obstacle Course

Wall Climbing

Rapid Intervention Team Challenge

Hantaran Jauh Berhalangan

Mighty Firefighter Bomba

Firefighters Challenge

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Zon Seremban yang telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Pertandingan PKK 2025 peringkat Negeri Sembilan. Kejayaan ini membuktikan tahap kompetensi dan semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan anggota zon berkenaan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, pegawai pengiring, pegawai teknikal serta urus setia yang telah memberikan sumbangan besar dalam menjayakan pertandingan ini.

en_USEnglish