PENGHARGAAN DARIPADA PEJABAT KESIHATAN DAERAH SEREMBAN KEPADA JBPM NEGERI SEMBILAN

Pada 7 Mei 2025, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan telah menerima penghargaan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban atas sokongan dan kerjasama membenarkan penggunaan Dewan SUKBOM, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan, bagi penganjuran Kursus Approach to Unwell Children Under 5 Years Old peringkat PKD Seremban.

JBPM Negeri Sembilan amat berbesar hati dapat menyokong usaha dan inisiatif pihak PKD Seremban dalam memperkasa ilmu kesihatan di peringkat komuniti, terutamanya berkaitan penjagaan kanak-kanak. Semoga hubungan strategik antara JBPM Negeri Sembilan dan pihak kesihatan ini akan terus diperkukuh demi manfaat masyarakat.

en_USEnglish