Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama JBPM Negeri Sembilan

Mesyuarat Penyelarasan Program Bersama JBPM Negeri Sembilan bagi Pelaksanaan Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Madani Rakyat Tahun 2025 dan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2025

Pada 21 Ogos 2025 (Khamis), jam 3.00 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Keselamatan Kebakaran, Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan, telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan bagi pelaksanaan Program Eksplorasi Perpaduan Satelit Madani Rakyat 2025 dan Sambutan Minggu Perpaduan 2025.

JBPM Negeri Sembilan dipilih untuk menyertai program yang telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan sebagai usaha memperkukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

en_USEnglish