Alhamdulillah, Majlis Sambutan Hari Anggota Bomba Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah berlangsung pada 27 Mei 2025 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Kebawah Kaus YTM Dato’ Mendika Menteri Akhirul Zaman, Dato’ Hj Maarof bin Hj Mat Rashad, Undang Luak Jelebu Ke-16, diiringi oleh YB Datuk Seri Jalaluddin Alias, Ketua UMNO Bahagian Jelebu merangkap Pengerusi Barisan Nasional Jelebu, serta YS PPjB Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Ucapan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Zon Jempol atas usaha dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis ini. Tahniah!
Majlis ini merupakan satu penghargaan kepada para anggota bomba yang telah menunjukkan dedikasi dan pengorbanan luar biasa dalam memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga semangat juang dan dedikasi anggota bomba.















