Majlis Persaraan ![]()
Pada 12 September 2025 (Jumaat) telah berlangsung Majlis Persaraan PBK I Pang Sek Ngor di Bahagian Operasi Negeri, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Beliau merupakan seorang pegawai bomba wanita berbangsa Cina yang telah menabur bakti dan khidmat cemerlang sepanjang berkhidmat di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Seluruh warga JBPM Negeri Sembilan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jasa serta sumbangan beliau, dan mendoakan semoga PBK I Pang Sek Ngor terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam menempuh alam persaraan. ![]()
![]()
![]()








