22 Julai 2025
Dewan Dato’ Hj. Hamzah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan
Bermula jam 9.30 pagi
Program pagi ini dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Bulanan yang turut menyaksikan:
Ucapan amanat oleh YS Pengarah JBPM Negeri Sembilan, PPjB Nor Arifin bin Kamari
Sesi pengenalan pegawai baharu
Pemakaian tanda pangkat, lencana Fit Fire Fighter & baret STORM
Disusuli Program Jelajah Anti Rasuah & Ikrar Bebas Rasuah, yang turut dihadiri oleh:
KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail
Pengarah SPRM Negeri Sembilan
Antara pengisian utama:
Ceramah Integriti oleh Pegawai SPRM
Lafaz Ikrar Bebas Rasuah diketuai oleh Pengarah JBPM NS & disaksikan oleh SPRM
Penyampaian hadiah Pertandingan Video & Poster Integriti
Simbolik penyerahan & tandatangan IBR
Terima kasih kepada semua warga bomba Negeri Sembilan yang sentiasa komited menegakkan integriti, profesionalisme dan akauntabiliti dalam perkhidmatan.












