MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN PASUKAN RAGBI JBPM NEGERI SEMBILAN

Seremban, 29 Mei 2025 – Satu majlis penuh bermakna telah berlangsung di Dewan Sukbom, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan pada pagi ini bagi menyemarakkan semangat pasukan ragbi negeri kita!

Majlis yang disempurnakan oleh YS PPjB Arifin bin Kamari, Pengarah JBPM Negeri Sembilan ini dimulakan dengan ucapan penuh inspirasi dan amanat berharga untuk para pemain. Acara diteruskan dengan simbolik penyerahan bendera kontinjen kepada Ketua Pasukan Ragbi JBPM Negeri Sembilan serta gimik penyerahan jersi rasmi kepada barisan pemain sebagai tanda sokongan padu seluruh warga jabatan.

Majlis turut diabadikan dengan sesi bergambar bersama pengurusan tertinggi JBPM Negeri Sembilan. Satu simbolik kenangan dan sokongan buat wira-wira ragbi yang bakal berjuang mengharumkan nama jabatan dan negeri.

JBPM Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh anggota kontinjen. Semoga terus berjaya membawa nama JBPM Negeri Sembilan ke puncak kejayaan!

en_USEnglish