Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan ke Kejohanan Sukan Kebajikan Bomba Malaysia (SUKBOM) Pahang 2025 telah diadakan pada 15 Julai 2025 bertempat di Dewan Dato’ Hj. Hamzah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Yang Setia Pengarah JBPM Negeri Sembilan telah menyempurnakan penyerahan Bendera Kontinjen kepada para pengurus sukan sebagai simbolik amanah dan semangat perjuangan membawa nama baik negeri ke pentas kejohanan peringkat kebangsaan.
Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen. Semoga berjuang dengan penuh semangat kesukanan dan menjulang nama JBPM Negeri Sembilan dengan cemerlang!








