Majlis Penutupan Pertandingan Perkhemahan Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia 2025 ![]()
Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin, Negeri Sembilan
13 Ogos 2025 (Rabu) |
2.30 petang
Majlis ini telah dirasmikan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Turut hadir:
Tuan Mohd Affandi bin Abu – Penolong Pegawai, Pejabat Pendidikan Seremban
Tuan Haji Zainal Abidin bin Hamzah – Pengetua SMK Senawang, Pengelola Pertandingan
Penguasa Bomba Mohd Hafiz bin Mohd Shariff – Penolong Pengarah Bahagian Latihan JBPM Negeri Sembilan
Alhamdulillah, pertandingan yang menghimpunkan Kadet Bomba dari 8 daerah seluruh Negeri Sembilan telah berlangsung dengan penuh semangat, disiplin dan ukhuwah.
Pertandingan ini bukan sekadar menguji kemahiran kebombaan seperti Kawad Operasi Kering, Brain & Brawn, Ikatan & Simpulan dan Kadet Challenge, malah membentuk ketahanan mental, kecergasan fizikal dan semangat kerja berpasukan.
Tahniah kepada semua peserta, guru pengiring dan jurulatih yang telah menjayakan acara ini. Ingatlah, hari ini kita peserta, esok kita penyelamat nyawa ![]()
![]()
Semoga semangat Kadet Bomba terus membara dalam diri generasi muda kita! ![]()
![]()












