Alhamdulillah, Majlis Penutupan Kursus Pengurusan Majlis, Protokol dan Media Sosial Tahun 2025 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Jun 2025 bertempat di Ibu Pejabat JBPM Negeri Sembilan.
Majlis penutupan ini telah disempurnakan oleh YS PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan.
Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 Jun 2025 ini memberi pendedahan kepada pegawai-pegawai bomba mengenai tatacara pengurusan majlis rasmi, etika protokol, serta penggunaan media sosial yang berkesan selaras dengan imej dan nilai profesionalisme JBPM.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen sepanjang kursus ini berlangsung!








