MAJLIS JASAMU DIKENANG – PERSARAAN DAN PENYERAHAN TUGAS KETUA BALAI BBP MANTIN

20 Jun 2025 | Balai Bomba dan Penyelamat Mantin

Satu majlis penghargaan telah diadakan sempena persaraan Tuan PBT Lias bin Amat, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, yang telah menamatkan perkhidmatan setelah menabur bakti sekian lama dalam perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan tugas rasmi Ketua Balai kepada Tuan PPgB Faizal bin Ahmad, yang kini dilantik sebagai Ketua Balai Balai Mantin yang baharu.

Dalam majlis yang sama, turut diraikan ialah Tuan PgKB II Khir-Amir bin Ahmad, Ketua Zon Seremban, yang akan berpindah bertugas ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka.

Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran Yang Setia PPjB Nor Arifin bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, serta turut dihadiri oleh pegawai kanan jabatan, Ketua Zon, pegawai-pegawai, warga BBP Mantin dan keluarga kepada Tuan PBT Lias bin Amat.

Majlis turut dimeriahkan dengan acara pemotongan kek sempena ulang tahun kelahiran Tuan PBT Lias, serta sesi bersalam-salaman dan ucapan penghargaan kepada kedua-dua tokoh yang diraikan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, komitmen serta khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tuan PBT Lias dan Tuan PgKB II Khir-Amir.

Semoga terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam fasa seterusnya.

“Jasa dikenang sepanjang zaman, amanah disambut penuh keyakinan.”

en_USEnglish